Selasa, 26 Mei 2015

Majlis Kahwin Anak Allahyarham Cikgu Halim - 23 Mei 2015

Pasangan Pengantin Yang Diraikan
Bersama Bonda dan Kekanda Pengantin Perempuan
Sepupu Pengantin Perempuan 
Sepupu Pengantin Perempuan Bergambar Kenangan
Sepupu Pengantin Perempuan 
Bapa Saudara Pengantin Perempuan Bersama Keluarganya 

Rabu, 20 Mei 2015

KENANGAN LAMA

Dalam Kenangan .. Alfatihah
Lain ulu lain parang lain dahulu lain sekarang ... begitulah hakikatnya perubahan budaya yang berlaku di Kampungku Bendang Kering, dalam konteks dahulu dan sekarang. Sekitar tahun 80an masyarakat kampung masih lagi mengusahakan tanaman padi cara lama sebagai punca pendapatan, suasana di kampung ketika itu meriah sekali kalau di bandingkan dengan suasana sekarang. walaupun hari ini tanaman padi di usahakan dengan kaedah moden tetapi kemeriahannya sudah tiada lagi seperti dahulu. Begitu juga dalam urusan kenduri kenara, dahulu semangat bergotong royong begitu meriah sekali. Pendek kata sejak dari mula majlis hendak diadakan orang kampung termasuk anak-anak muda telah mula merancang membuat persiapan bagi membantu tuan rumah yang mengadakan kenduri tersebut hingga selesai. Namum begitu walaupun semangat gotong royong masih diamalkan hingga ke hari ini tetapi suasananya dah berubah dan tidak semeriah dahulu lagi. Begitulah gambaran suasana perubahan  yang berlaku di KampungKu  Bendang Kering, semangat kerjasama masyarakat kampung dahulu amat ku kagumi namun begitu semuanya telah berlalu .. yang tinggal hanyalah kenangan ...    

Ahad, 10 Mei 2015

MUKADIMAH

SAWAH PADI KAMPUNGKU 
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh kaum keluarganya. Alhamdulillah kita masih lagi diberikan kesempatan oleh allah untuk menikmati kehidupan dalam sebuah negara yang aman damai di MALAYSIA ini , keamanan yang sedia ada hendaklah di jaga dan di pelihara bersama supaya ianya kekal sepanjang masa. 'KAMPUNGKU BENDANG KERING' adalah laman blog sebuah kampung yang kurang di kenali walaupun ianya hanya empat kilometer jaraknya dari Bandar DiRaja KUALA KANGSAR, namum begitu saya sangat menyayangi kampung ini kerana disinilah saya dilahirkan dan di besarkan dalam suasana yang sangat harmoni, serta di kelilingi oleh saudara mara yang begitu akrab hubungannya antara satu sama lain. Jesteru itu dengan semangat anak kampung yang berjiwa kampung, saya wujudkan Blog ini bagi menyampaikan maklumat masyarakat kampung kepada Anak Anak Bendang Kering yang berada di perantauan, selain itu keutamaan saya adalah untuk memartabatkan 'KAMPUNGKU BENDANG KERING' supaya ianya sentiasa di kenang dan di ingati oleh Anak Anak Bendang Kering itu sendiri ... INSYA ALLAH