Mukadimah

SAWAH PADI KAMPUNGKU 
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh kaum keluarganya. Alhamdulillah kita masih lagi diberikan kesempatan oleh allah untuk menikmati kehidupan dalam sebuah negara yang aman damai di MALAYSIA ini , keamanan yang sedia ada hendaklah di jaga dan di pelihara bersama supaya ianya kekal sepanjang masa. 'KAMPUNGKU BENDANG KERING' adalah laman blog kampung yang kurang di kenali walaupun ianya hanya empat kilometer jaraknya dari Bandar DiRaja KUALA KANGSAR, namum begitu saya sangat menyayangi kampung ini kerana disinilah saya dilahirkan dan di besarkan dalam suasana yang sangat harmoni, serta di kelilingi oleh saudara mara yang begitu akrab hubungannya antara satu sama lain. Jesteru itu dengan semangat anak kampung yang berjiwa kampung, saya wujudkan Blog ini bagi menyampaikan maklumat masyarakat kampung kepada Anak Anak Bendang Kering yang berada di perantauan, selain itu keutamaan saya adalah untuk memartabatkan 'KAMPUNGKU BENDANG KERING' supaya ianya sentiasa di kenang dan di ingati oleh Anak Anak Bendang Kering itu sendiri ... INSYA ALLAH



Tiada ulasan:

Catat Ulasan