Selasa, 23 Jun 2015

Majlis Kahwin Anak Basharudin Abu Bakar - 13 Jun 15

Pada 13 Jun 2015 Basharudin bin Abu Bakar dan isterinya Pn Jamaliah bt Mohamed telah  mengadakan majlis perkahwinan anaknya Husni bin Basharudin di Rest Lagenda Persisiran Sayong,  Kampung Sayong Lembah. Basharudin bin Abu Bakar dan keluarganya kini menetap di kampung sejak tahun 2000, beliau merupakan anak kepada pesara Polis Allahyarham Abu Bakar bin Pandak Win dan Zaimah bt Pjg Md Diah yang juga cucu kepada Andak Mi bt Ngah Maonah.

ibubapa dan ninda pengantin lelaki
kaum keluarga yang turut hadir bergambar kenangan
pasangan penganting yang diraikan
kumpulan kompang yang menyerikan majlis



Khamis, 11 Jun 2015

Majlis Kahwin Anak Khairuddin Md.Amin - 7 Jun 2015

Pada 7 Jun 2015 Khairuddin Md. Amin yang sinonim dengan panggilan Fuad kedai buah dan isterinya Khodijah Mat Kassim telah mengadakan majlis Walimatul Urus anak lelaki dan anak perempuan mereka secara serentak di alamat No.83 Kpg Bendang Kering, 33040 KK


pengantin yang diraikan
antara kawan pengantin yang hadir

Selasa, 9 Jun 2015

Majlis Kahwin Anak Khairiah Pandak Mahamood - 6 Jun 2015

tetamu yang hadir bergambar bersama tuan rumah

waris pengantin dan tetamu yang hadir meraikan majlis
antara tetamu yang hadir meraikan majlis
Majlis kenduri kahwin anak Khairiah Pandak Mahamood, berlansung di kediamannya
No.77 Persiaran Sengat Baru 20, Tmn Bersatu Simpang Pulai, 31300 Kpg. Kepayang Perak. 

Majlis Kahwin Anak Mat Bahrom Pjg Alok - 6 Jun 2015

Mat Bahrom merupakan seorang bekas tentera, selepas bersara sejak dari tahun 70an lagi beliau bersama-sama keluarganya telah menetap di alamat No.11 Tingkat Perpaduan 11, Taman Perpaduan 31150 Ulu Kinta Ipoh Perak. Suatu ketika dahulu semasa di kampung Mat Bahrom amat disegani oleh anak muda kerana beliau merupakan seorang guru silat yang pernah membuka gelanggang dan mengajar anak muda Bendang Kering ilmu persilatan.    
    
Mat Bahrom Pjg Alok dan Rofidah Harun

Anak-anak Mat Bahrom