Lain ulu lain parang lain dahulu lain sekarang ... begitulah hakikatnya perubahan budaya yang berlaku di Kampungku Bendang Kering, dalam konteks dahulu dan sekarang. Sekitar tahun 80an masyarakat kampung masih lagi mengusahakan tanaman padi cara lama sebagai punca pendapatan, suasana di kampung ketika itu meriah sekali kalau di bandingkan dengan suasana sekarang. walaupun hari ini tanaman padi di usahakan dengan kaedah moden tetapi kemeriahannya sudah tiada lagi seperti dahulu. Begitu juga dalam urusan kenduri kenara, dahulu semangat bergotong royong begitu meriah sekali. Pendek kata sejak dari mula majlis hendak diadakan orang kampung termasuk anak-anak muda telah mula merancang membuat persiapan bagi membantu tuan rumah yang mengadakan kenduri tersebut hingga selesai. Namum begitu walaupun semangat gotong royong masih diamalkan hingga ke hari ini tetapi suasananya dah berubah dan tidak semeriah dahulu lagi. Begitulah gambaran suasana perubahan yang berlaku di KampungKu Bendang Kering, semangat kerjasama masyarakat kampung dahulu amat ku kagumi namun begitu semuanya telah berlalu .. yang tinggal hanyalah kenangan ...
As Salam....... Kita tak mampu menafikan hakikat tu..... peredaran masa akan mengubah segalanya ...namun begitu jangan sekali kali kita campakan kenangan itu kedalam jurang yang dalam kerana disebalik kenangan itu ada tersimpan seribu nostalgia untuk KITA SEMUA

BalasPadam