Ahad, 10 Mei 2015

MUKADIMAH

SAWAH PADI KAMPUNGKU 
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh kaum keluarganya. Alhamdulillah kita masih lagi diberikan kesempatan oleh allah untuk menikmati kehidupan dalam sebuah negara yang aman damai di MALAYSIA ini , keamanan yang sedia ada hendaklah di jaga dan di pelihara bersama supaya ianya kekal sepanjang masa. 'KAMPUNGKU BENDANG KERING' adalah laman blog sebuah kampung yang kurang di kenali walaupun ianya hanya empat kilometer jaraknya dari Bandar DiRaja KUALA KANGSAR, namum begitu saya sangat menyayangi kampung ini kerana disinilah saya dilahirkan dan di besarkan dalam suasana yang sangat harmoni, serta di kelilingi oleh saudara mara yang begitu akrab hubungannya antara satu sama lain. Jesteru itu dengan semangat anak kampung yang berjiwa kampung, saya wujudkan Blog ini bagi menyampaikan maklumat masyarakat kampung kepada Anak Anak Bendang Kering yang berada di perantauan, selain itu keutamaan saya adalah untuk memartabatkan 'KAMPUNGKU BENDANG KERING' supaya ianya sentiasa di kenang dan di ingati oleh Anak Anak Bendang Kering itu sendiri ... INSYA ALLAH



3 ulasan:

  1. AsSalam....... Aku dilahir dan membesar disini...... disini jualah aku mula mengenal kehidupan,Aku telah meniti segala manis dan pahit maung kehidupan disini .BENDANG KERING kampong ku dari kejauhan aku tetap berdoa agar kemamkmuran terus ujud disini... Sebagai anak kampong yang jauh diperantauan aku mengharapkan anak anak muda yang masih berada disini meneruskan kesinambongan orang orang terdahulu dalam memakmurkan dan menceriakan kampong kita .

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. boleh tak cerita tentang asal usul kampung bendang kering ni?macam mana dapatnya nama kampung bendang kering...

    BalasPadam